Wednesday, 19 December 2012

Yang Kaya Terlalu Tamak...Yang Miskin Terlalu Pemurah

YanG Kaya TerLalu TamaK...YanG MisKin TerLalu PemuRah..

Hari nie 19 Disember,,Cik Kasih ingin Kongsikan Kisah yang Diceritakan Oleh Haji Abd.HamiD Mohamad..Kisah nie berlaku di Masjidilharam...

       Kisah ini bermula pada suatu petang di Bulan Ramadan..Pada suatu  petang saya(Haji Abd.Hamid Mohamad) dan rakan ke dataran di hadapan  Masjidilharam..Tujuan kami ke sana adalah untuk berbuka puasa..Sesungguhnya berpuasa dan berbuka di Makkah amat menyeronokkn.Selain meriah kita juga dapat merasakan betapa besarnya makna Ramadan..
        Semasa berbuka kita dapat melihat betapa akrabnya jalinan silaturahim antara umat Islam.Walaupun tidak mengenali antara satu sama lain namun sedekah makanan,bantu membantu,dan hubungan mesra jelas kelihatan di depan mata..
          Bagi Orang Berada,sedekah makanan diberi dengan  melimpah ruah..Ayam,Kurma,Minuman, Kuih-Muih dan sebagainya disumbangkan untuk berbuka..Dan Kepada yang Miskin atau tidak membawa bekalan untuk berbuka tidak perlu risau kerana pasti ada makanan untuk mereka..
           
     Ok sambung balik kisah tadii...

        Sedang Kami asyik memerhati tiba2 datang sekeluarga Berbangsa Arab..Dari pakaian mereka y Cantik dan Kemas,Saya tahu mereka  adalah di kalangan orang berada..Mereka juga membawa beberapa bungkusan penuh dengan makanan..
         Sampai dit tempat yang agak kosong mereka menghamparkan permaidani..Kemudian bungkusan dibuka.Dari Dalam bungkusan itu keluarlah bermacam-macam makanan enak termasuk ayam panggang berketul-ketul..Makanan itu diagih-agihkan sesama mereka..

         Kami yang duduk beberapa meter dari mereka meneguk air liur.Terbayang alangkah seronoknya jika dapat menjamah makanan tersebut..Kalaulah mereka sedekah sedikit kepada kami pasti kami Ratah.Tapii malangnya mereka tidak menyedekahkan kepada kami begitu juga orang lain.Merka bawa makanan itu hanya untuk hidangan keluarga bukan untuk disedekahkan kepada yang lain..

         Ketika kami memerhatikan makanan itu serta gelegat orang kaya itu,datang seorang lelaki berkulit hitam dan berjanggut ke arah mereka..Keadaannya sangat Daif..Badan Kurus dan Bajunya lusuh..
         Sambil menghulurkan tangan dia berkata sesuatu kepada Ketua Keluarga bekenaan..Daripada gayanya kami tahu dia sedang meminta belas ihsan keluarga kaya itu supaya memberikannya sedikit makanan..Wajahnya menunjukkan kesedihan..
         Namun tidak semua Orang Kaya itu Pemurah..Dengan wajah bengis orang kaya itu menghalau lelaki itu..Tidak ada Secubit pun perasaan kesiaan
        Saya yg asyik memerhatikan kejadian itu berasa amat sedih..Begitu sekali layanan Si Kaya kepada orang yang Daif.Bukankah makanan yg mereka bawa itu banyak..Kenapalah tidak diberikan sedikit kepada lelaki daif itu...Hummm..Bukan Semua Orang Kaya tue Pemurah..

        Beberapa minit kemudian lelaki berkulit hitam tadi muncul kembali..Ditangannya membimbit bungkusan berisi makanan yang amat banyak..
        Dengan wajah yang riang makanan itu dikeluarkan dan diagih-agihkan kepada yg lain seorang sedikit..,
sampailah kepada Si Kaya tadi..Di situlah saya melihat ertinya Orang Kaya Yang Tamak Sedangkan Orang Miskin Yg Pemurah...Walaupun telah mempunyai makanan yg banyak dan enak keluarga kaya tadi masih meminta makanan pada lelaki berkulit hitam itu tadi..Tidak adakah perasaan malu pada diri mereka..?
Tidak ingatkah mereka dengan apa yg mereka lakukan pada Si Lelaki Berkulit Hitam itu tadi..?
       Yang paling menyentuh hati apabila lelaki berkulit hitam itu tetap menghulurkan makanan dengan muka yang manis..Walaupun dia tahu Orang Kaya itulah yg menghalaunya tadii tetapi Tiada Sedikit Pun Dendam Di Hatinya..SEKIAN..


Humm..begitulah kisahnya Si Kaya Yang Tamak Dan Si Miskin Yang Pemurah..
Renung-renungkanlah..Harta Di Dunia ini Bukan Hak Kite Shj ia juga 
Hak untuk Orang Miskin yg Meminta dan Orang Miskin Yg Menahan Diri(Daripada Meminta).
        

No comments:

Post a Comment